Kenali Komuniti Kelab Pemilik Haiwan Johor - #kphj







Sejarah Penubuhan


KPHJ atau nama penuhnya Kelab Pemilik Haiwan Johor Bahru, Johor merupakan sebuah persatuan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan ianya telah diluluskan pada 06 Februari 2014. Cetusan idea penubuhan Kelab Pemilik Haiwan Johor Bahru, Johor ini bermula daripada kolaborasi bersama diantara dua kumpulan laman sosial ‘Facebook’ iaitu Iskandar Pets dan We Love Animals (WLA). Dua kumpulan laman sosial ini mempunyai matlamat penubuhan yang berbeza, matlamat utama penubuhan Iskandar Pets ialah bagi memupuk sikap masyarakat umum agar sentiasa menjaga kebajikan haiwan di sekeliling kita bersama aktiviti-aktiviti seperti jualan aksesori haiwan kesayangan, rawatan, program ceramah dan sebagainya. Manakala bagi penubuhan We Love Animals pula ialah merupakan sebuah platform untuk berkongsi minat dan cerita mengenai haiwan kesayangan. Selain daripada itu ia juga diwujudkan untuk berkongsi masalah yang ada pada tuan kepada haiwan kesayangan supaya ia dapat membantu menyelesaikan masalah tersebut. Namun begitu matlamat utama mereka adalah sama iaitu memelihara haiwan kesayangan sebagai suatu hobi dan menjaga kebajikan haiwan kesayangan.

Pelopor Penubuhan Kelab


Asal penubuhan persatuan ini terdiri daripada 11 orang ahli yang telah mencetuskan idea penubuhan iaitu Mohd Arif Bin Ahmad Tharmizi selaku pemilik kepada We Love Animals (WLA), Mohamad Hafizzuddin Bin Zainuddin, Muhammad Sufi Bin Saadon, Siti Nor Afiqah Binti Ahmad Tharmizi, Mohd Faizal Bin Ta'juaid, Sufian Bin Harun, Mohd Azzarudin Bin Zailani, Mohd Junaidi Bin Mahadi, Mohamad Fadhil Bin Kasmudi selaku pemilik kepada Iskandar Pets, Muhammad Aidhill Haqeem Bin Darus Dan Muhammad Shahrilnizam Bin Mustapha. Setelah berbincang di antara 11 orang ahli ini dengan sebulat suara bersetuju menubuhkan persatuan berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan ia telah didaftarkan pada 28 Januari 2014.

Visi, Misi dan Objektif Penubuhan Persatuan

Visi Penubuhan Persatuan

Asas pendidikan sebagai teras kepada pembangunan Kesukanan Bersama Haiwan Kesayangan Sehingga Ke Peringkat Antarabangsa.

Misi Penubuhan Persatuan

Membina Semangat Cinta Terhadap Haiwan Perliharaan, Haiwan Liar dan Sukan Bersama Haiwan Perliharaan Melalui Aktiviti Berasaskan Pendidikan Kepada Setiap Masyarakat di Dunia.

Objektif Penubuhan Persatuan


Setiap persatuan yang ditubuhkan mempunyai objektif tersendiri, ia amat penting kerana ia membantu dalam menentukan hala tuju dan pencapaian yang ingin dicapai oleh sesuatu pertubuhan atau persatuan. Setelah pertubuhan ini terbentuk telah terhasil beberapa objektif yang akan membantu perjalanan dan sekaligus memajukan persatuan, antara matlamat persatuan ini adalah:

Mengadakan pameran penerangan
berbentuk pembelajaran mengenai
unggas dan haiwan kesayangan
Menjaga haiwan peliharaan dan 
sebagai rujukan untuk mereka yang 
mempunyai hobi yang sama.
Menjalankan kerja-kerja dan 
perkhidmatan amal untuk masyarakat 
umumnya.
Mengeratkan perhubungan 
persahabatan dan semangat 
muhibah di kalangan ahli-ahli.
Tempat berkongsi pendapat dan 
pengalaman dan menjaga kebajikan 
setiap ahli persatuan














###############################################################################

Hashtag kphj (#kphj) di www.google.com.my

-Peace

0 comments:

Post a Comment

Perhatian

Kelab Pemilik Haiwan Johor (KPHJ)-#kphj tidak bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat di atas kapasiti sendiri. Individu tersebut hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen yang telah dikeluarkannya. Terima kasih.