Takwim 2014 Kelab Pemilik Haiwan Johor - #kphj

Takwim bagi #kphj di rancang bagi memenuhi aktiviti dengan mengadakan pelbagai penganjuran mengikut kesesuaian masa tersebut. Kelab telah merancang dan berbincang bagi menyertai program penerangan dan pameran berbentuk ilmiah bagi memberi pencerahan dan menanam sifat sayangkan hidupan lain bagi melahirkan generasi yang berdisplin dan mempunyai sifat kasih sayang.

Takwim ini tertakluk pada perubahan semasa. Alhamdulillah, terdapat banyak jemputan pameran di sekolah sekitar Johor Bahru serta pameran Corporate Social Responsibility (CSR). Disamping itu, kelab juga akan membuat sedikit jualan bagi menaikkan dana kelab. Dana dapat digunakan dalam membeli peralatan pembelajaran dan pameran serta membantu dalam program-program amal seperti projek pembinaan aviary burung di sekolah, projek serta program kesihatan haiwan yang melibatkan rawatan atau bantuan, program cara & penjagaan haiwan yang baik juga bantukan kepada pusat-pusat penjagaan haiwan.

Semoga usaha dari semua pihak walaupun hanya datang ke pameran-pameran kami bagi memberi sokongan serta berkat doa dari anda semua mendapat berkat dan berjaya membantu kelab untuk mencapai OBJEKTIF, MISI dan VISI kelab seperti membuka minda serta memberi sedikit sebanyak ilmu kepada generasi muda, serta menanam sifat yang baik kepada mereka dan dalam masa yang sama dapat membantu dalam program-program amal yang disertai.

Anda boleh menjadi ahli dengan mendaftarkan diri sebagai ahli kelab, malah anda juga menjadi sukarelawan dalam program-program yang dijalankan. Hubungi kami sekiranya anda berminat, semoga usaha kami yang kecil ini mendapat berkat, amin.

Page: www.facebook.com/kphjohor/
Group: www.facebook.com/groups/kph.johor/
Blog: kelabpemilikhaiwanjohor.blogspot.com/
Email: kph.johor@gmail.com


0 comments:

Post a Comment

Perhatian

Kelab Pemilik Haiwan Johor (KPHJ)-#kphj tidak bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat di atas kapasiti sendiri. Individu tersebut hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen yang telah dikeluarkannya. Terima kasih.