Friday 13 June 2014

GEMPAR - Haiwan Jadian Ditemui Di Jawa Timur


SITUBONO - Penduduk kampung Sletreng di daerah Kapongan gempar dengan penemuan seekor kelawar yang disyaki seekor haiwan jadian.

Haiwan itu yang kebiasaannya ditemui berkeliaran pada waktu malam ditangkap ketika memasuki rumah seorang penduduk tempatan bernama Muhlis.

Selepas haiwan misteri itu berjaya ditangkap, berita mengenainya mula tersebar luas di kampung-kampung lain.

Ekoran itu, dalam masa yang singkat, rumah Muhlis mula dibanjiri orang ramai yang mahu melihat sendiri haiwan berwarna jingga itu yang disyaki jelmaan ilmu hitam.

"Sebaik sahaja mendengar cerita mengenai penemuan haiwan itu, saya terus teruja dan mahu melihat sendiri kelawar berwarna aneh itu," kata Syamsul, seorang penduduk di kampung tersebut.Muhlis mengakui sukar untuk menangkap haiwan pelik itu yang didapati masuk ke ruang tempat simpanan duit di rumahnya.

"Kelawar itu didapati tangkas dan susah untuk ditangkap.
"Haiwan itu hanya berjaya ditangkap setelah saya tidak memakai baju," kata Muhlis.
Bagi mengetahui sama ada kelawar itu haiwan jadian, ia perlu dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca. Jika ia merupakan haiwan jadian, maka pemiliknya akan mengambilnya kembali kerana ia sukar bernafas. - Utusan

Tuesday 27 May 2014

Yok G! Johor Distro Sempena Anugerah Lagu Johor







Satu karnival akan dijalankan pada 31 Mei 2014 bersempena Anugerah Lagu Johor dengan Anjuran Pejabat Menteri Besar Johor, Dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor, Kerajaan Negeri Johor.Mari kita sama-sama memeriahkan aklitivi-aktiviti yang disediakan!



Saturday 24 May 2014

Lapan beranak tinggal dalam stor



Beliau adalah salah seorang pencinta haiwan di Johor


PONTIAN - Kesempitan hidup dialami memaksa lapan beranak di Kampung Parit Dato Onn, di sini, tinggal dalam stor terbiar, sejak dua tahun lalu.

Biarpun serba daif, Abdul Hadi Esa, 40, tabah menyara keluarganya dengan pendapatan tidak menentu mengambil upah melakukan  kerja kampung.

Bapa enam cahaya mata ini, turut melahirkan kesedihannya yang terpaksa membesarkan anak dalam suasana tidak selesa selain berharap ada pihak yang sudi tampil membantu mereka sekeluarga membaiki  rumah didiami.

“Setiap kali hujan, besen terpaksa digunakan untuk menadah air kerana banyak bumbung yang bocor. Manakala, dinding yang dibina daripada kayu pula mula reput akibat dimakan anai-anai.

“Kayu terpakai digunakan untuk menambah ruangan bilik dan dapur dalam stor ini. Saya cuma harap dapat diberikan bantuan baik pulih rumah seperti kayu dan zink,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abdul Hadi berkata, tambah menyukarkan apabila mereka sekeluarga diduga dengan keadaan anak sulung terlantar selepas koma selama lapan bulan akibat kemalangan.

Meskipun tragedi itu sudah berlalu hampir dua tahun, kesannya masih dirasai kerana Mohd Nur Hakim, 16, yang mesra disapa Along, tidak boleh bercakap mahupun bergerak selain bergantung kepada susu formula khas sebagai makanan harian.

Abdul Hadi berkata, segala perbelanjaan perlu didahulukan untuk keperluan perubatan anak sulungnya itu meskipun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal masing-masing sebanyak RM300 sebulan.

“Along memerlukan penjagaan rapi, selain bekalan susu formula khas dianggarkan kira-kira RM1600 sebulan, lampin pakai buang dan salur air kencing turut diperlukan. Pada masa sama, saya menanggung empat anak yang masih bersekolah.

“Saya tidak dapat bekerja jauh dari keluarga, kerana Along memerlukan perhatian dan isteri yang menjaganya perlu dibantu bagi memudahkan pergerakannya,” katanya.

Jelasnya, Along kini sedang menjalani rawatan pemulihan sehingga akhir bulan ini, di rumah orang terlantar dan orang tua di Taman Nong Chik Johor Bahru.
Thursday 22 May 2014

Fu Wa & Feng Yi Selamat Sampai di Zoo Negara Malaysia


Fu Wa (Kiri) & Feng Yi (Kanan)

Dua ekor Panda dari Chengdu, China iaitu seekor jantan (Fu Wa) dan seekor lagi betina (Feng Yi) telah selamat tiba di Malaysia pada jam 7.50pagi, Rabu-21 Mei 2014, menggunakan penerbangan kelas pertama MAS Kargo dan telah sampai ke tempat khas di Zoo Negara kira-kira jam 10.oo pagi. Mereka ditempatkan di kawasan khas di Zoo Negara untuk dikuarantin selama satu bulan.






Panda ini adalah simbolik perjanjian diplomatik 40 tahun diantara Malaysia dan China. Pihak Malaysia akan menjaga pasangan panda ini selama 10 tahun. Kedua ekor panda ini akan tinggal di kawasan yang dibina khas di Zoo Negara yang melibatkan kawasan seluas 1.6 hektar dan menelan belanja penyediaan sebanyak RM 25 Juta.



Kos penjagaan pasangan panda ini dijangka akan menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta setahun, dan setiap anak yang berjaya dibiakkan, pihak Malaysia perlu membayar royalti tambahan RM 2 Juta kepada pihak China dan akan dibenarkan menyimpan anak tersebut hanya selama 2 tahun sebelum dipulangkan kepada pihak China.

Pasangan Panda ini akan di monitor 24 jam sehari bagi mengkaji perubahan serta tingkah laku mereka selama proses penjagaan berlangsung.

Kawasan khas yang menempatkan mereka dibina dengan habitat berupa cerun yang curam, alatan permainan kayu, dan bongkah ais bagi menyamai habitat semulajadi mereka.


Buluh telah ditanam di kawasan Paya Indah Wetland Part seluas 10 hektar, dan satu lagi rancangan penanaman dikenalpasti akan dibangunkan di Putrajaya Wetland Park seluas 6 hektar.


Sedikit sumber maklumat dari World Wildlife Fund (WWF)



Menu harian bagi seekor panda terdiri hampir sepenuhnya daripada jenis daun, batang, dan pucuk pelbagai spesis buluh.

Buluh mempunyai khasiat yang sangat sedikit, maka seekor panda memerlukan diantara 12 hingga 38kg makanan setiap hari.

Mereka juga memburu haiwan seperti sejenis mamalia iaitu 'pika', dan juga tikus kecil yang lain. Makanan selain buluh seperti tumbuh-tumbuhan lain serta daging hanya terdiri dari 1% dari keseluruhan diet panda.

Panda mencapai tahap matang seksual ketika berusia 5.5 hingga 6.5 tahun.

Waktu mengawan adalah pada musim bunga iaitu di antara bulan Mac hingga Mei.

Pemerhatian menunjukkan panda biasanya melahirkan seekor anak untuk tempoh 2 tahun (tetapi kerap melahirkan 2 ekor kembar jika di dalam jagaan-kurungan manusia menggunakan kaedah pemanian berhadas)

Mereka boleh membesar sehingga 1.5 meter dari hidung ke bahagian punggung, dan beratnya boleh mencapai sehingga 150kg.

Anak panda mula belajar memanjat pokok seawal umur 6 bulan, dan menjadi pakar memanjat ketika dewasa.

Panda juga boleh berenang.

Panda mempunyai jumlah pemangsa yang sedikit seperti anjing hutan (Jackal), harimau bintang, dan marten (pemakan anak panda), tetapi, musuh utama panda adalah manusia yang rakus yang menyebabkan kemusnahan dan pecahan habitat, pemburuan dan perdagangan haram serta pelbagai lagi tindakan yang menyebabkan kepupusan pelbagai lagi haiwan di dunia.

Anak panda yang baru lahir hanyalah seberat 90-130gr, dimana nisbah berat dan saiz anak kepada ibu adalah 1:900. Panda adalah diantara mamalia yang nisbah saiz anak dan ibu sangat besar jurangnya.

Kitaran hidup seekor panda liar adalah sekitar 14 ke 20 tahun dan mereka boleh hidup sehingga 30 tahun dibawah jagaan-kurungan manusia.

-Peace

Wednesday 21 May 2014

B.B.Q. Lagi dan Lagi









 Sabtu, 17 May 2014.

Satu majlis makan makan telah diadakan untuk ahli #kphj dengan meriah. Jom kita tengok gambar2 yang sempat dirakam sekitar majlis ber BBQ untuk ahli kelab yang diadakan di perkarangan rumah En. Mohd Arif Ahmad. Tak banyak gambar dapat diambil kerana masing2 sibuk rewang. hehe

Alhamdulillah ramai yang datang memeriahkan. Ramai yang sponsor makanan termasuklah arnab, itik, dan pelbagai jenis lagi makanan.. Nyum2..

Tapi yang penting adalah ikatan ukhwah yang dapat dijalin sesama ahli. Semoga kelab ini berjaya menjadi pemankin dan medium bagi pemilik-pemilik haiwan berkongsi pendapat dan bertukar2 ilmu.

Insyaallah jika tiada aral, pelbagai program akan menyusul, nanti kan kami ya.

Puding yang sedappppppppp!






Antara orang kuat yang terlibat.



Majlis memotong semangka.. haha apa itu semangka? Kena tanya orang Johor ni.



















Alhamdulillah, dan terima kasih pada yang sponsor, pada yang terlibat dan pada yang bergotong royong habiskan makanan, hehe. Ada rezeki, kita jumpa lagi.


Monday 19 May 2014

Intensive Care Unit (ICU) - Unit Penjagaan Rapi Untuk Haiwan?









Bagi pemilik haiwan kesayangan seperti kucing, anjing, burung atau reptilia, rutin mengunjungi klinik veterinar bukan lagi perkara asing, malah ada sudah arif perkhidmatan dan kaedah rawatan ditawarkan.
Namun, jika diceritakan mengenai hospital veterinar yang menawarkan prosedur rawatan, layanan, wad dan bilik bedah sama seperti manusia, pasti ada yang sukar percaya.









Andai ditokok pula ­dengan cerita adanya unit rawatan rapi (ICU), wad kuarantin, khidmat endoskopi, sonografi, pembedahan jantung dan rawatan kanser, tidak mustahil pula ramai yang ketawa.


Hospital Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM) dilengkapi semua kemudahan itu hingga ramai yang tidak percaya apabila kucing dirawat seperti manusia.

Ketika melangkah masuk ke ruang menunggu Hospital Veterinar Universiti (UVH) itu minggu lalu, saya juga tersenyum sendiri.

Melihat gelagat kucing di sangkar dan burung bersandar di bahu tuan empunya, saya geleng kepala sambil sempat berjenaka, “Takkanlah kucing pun ada kanser, kimoterapi dan bedah jantung?” 


Namun, sebaik melang­kah masuk bersama Timbalan Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Prof Madya Dr Gurmeet K Dhaliwal, saya jadi kagum.









Kaunter depan UVH dibahagi kepada dua iaitu anjing dan kucing. Kata Dr Gurmeet, pembahagian itu penting bagi mengawal ­tekanan dan emosi haiwan setiap kali mendapatkan rawatan di situ.


Proses pendaftaran berlangsung di kaunter sebelum pemilik haiwan dipanggil masuk bersama binatang kesayangan untuk diperiksa.




“Setiap haiwan bermasalah di sini dipanggil pesakit dan mereka perlu melalui saringan awal bagi mengenal pasti jenis penyakit, diet, aktiviti harian serta latar belakang kehidupannya.



“Prosedur ini perlu dilaksanakan dalam bilik rawatan oleh doktor veterinar bertauliah dengan bantuan pelatih dan kerjasama pemilik haiwan.



“Sementara peralatan dan kemudahan yang digunakan adalah yang terkini,” kata­nya.



Menurut Dr Gurmeet, haiwan yang dikenal pasti mengalami simptom penyakit berjangkit perlu diasing­kan dalam Wad Kuarantin.




“Bagi kes biasa, haiwan dibenarkan pulang dengan pemerhatian pemilik. Namun bagi kes kritikal atau separa kritikal, haiwan perlu dimasukkan ke wad untuk pemerhatian dan rawatan lanjut,” katanya.



Di ICU hospital, penulis sempat melihat seekor kucing dalam keadaan kritikal akibat terjatuh dari tingkat sembilan pangsapuri tuan­nya. 



Haiwan itu bernasib baik kerana ditemui pemiliknya dalam tempoh 24 jam sebelum dikejarkan ke UVH. Pemeriksaan awal mendapati ususnya cedera dan disahkan berdepan masalah ‘severe septic shock’.



Berikutan itu, kucing terbabit terpaksa ditempatkan di ‘katil’ khas dengan bekalan oksigen dan drip cecair mencukupi.



Pelbagai senario boleh dilihat di UVH, hinggakan soal hidup mati haiwan kesayangan ditangani serius umpama berdepan nyawa manusia.



Kata Dekan Fakulti Perubatan Veterinar Prof Dr Mohd Hair Bejo, pihaknya cuba memberikan rawatan dan perhatian terhadap haiwan sama seperti manusia kerana beranggapan setiap nyawa adalah bernilai.



“Ini bukan perkhidmatan (UVH) baru sebaliknya kita sudah mula menawarkan khidmat sejak di bangunan lama. Tahun lalu saja UVH mencatatkan sejumlah 15,251 kes merangkumi haiwan kesayangan, haiwan besar, avian, eksotik, akuatik dan hidupan liar.



“Malah angka kes yang dirujuk ke sini mencatatkan peningkatan memberangsangkan setiap tahun,” katanya.



Jelas Dr Mohd Hair, UVH ditubuhkan sejak 1975 oleh Fakulti Perubatan Veterinar, UPM bermula dengan sebuah klinik haiwan kesayangan dan klinik bergerak.



Perkhidmatan itu kemudiannya disokong perkhidmatan makmal yang sederhana, namun UVH hari ini menjadi sebuah hospital yang dilengkapi kemudahan terkini.



“Sebagai sebuah hospital pengajaran, UVH dilengkapi pelbagai peralatan diagnosis, rawatan penyakit haiwan, kemudahan makmal serta bilik bedah khas.



“Selain menawarkan perkhidmatan pesakit luar, UVH turut memiliki kepakaran dalam bidang perubatan, pembedahan veterinar, pengimejan dan diagnosis makmal,” katanya.



Tidak terhad kepada haiwan kesayangan saja, Dr Mohd Hair berkata, UVH turut menawarkan perkhidmatan Klinik Bergerak kepada pengusaha ladang ternakan, penternak dan pemilik haiwan rekreasi.



“Wad bagi haiwan besar juga disediakan di hospital ini dan kita mempunyai kepakaran luas dalam bidang perubatan ruminan, ekuin dan khinzir.



“Melengkapkan fungsi, UVH juga menawarkan pemeriksaan kesihatan bagi spesies ikan dan udang melalui Unit Kesihatan Haiwan Akuatik,” katanya.




INFO:



- Ditubuhkan sejak 1975.



- Dinobatkan sebagai hospital veterinar terbesar di Malaysia dan memiliki peralatan tercanggih di Asia Tenggara.



- Premis barunya dilengkapi 11 bilik konsultasi termasuk rawatan kecemasan, bilik onkologi dan bilik oftalmologi.



- Wad Kucing boleh menampung 61 ekor haiwan kesayangan.



- Wad Anjing mampu menempatkan 22 anjing dalam satu masa.



- Wad ICU boleh memuatkan 15 pesakit kritikal.



- Wad Kuarantin mampu menempatkan 27 haiwan yang menghidap penyakit berjangkit.



- Terdapat enam bilik bedah dilengkapi peralatan terkini.



- Spesies haiwan besar boleh dirawat di bilik bedah khusus yang lebih luas.



- Kebanyakan haiwan besar seperti kuda, kambing, lembu dan khinzir dirawat di ladang ternakan.



- Selain rawatan, UVH turut menawarkan khidmat vaksinasi.



- Proses pengajaran dan pembelajaran di UVH disokong kepakaran perunding dan pegawai veterinar dari enam jabatan.



- Perkhidmatan ditawarkan termasuk pengesanan, rawatan penyakit, kesihatan kelompok, kawalan penyakit, ultra bunyi dan khidmat nasihat.



- Antara haiwan peliharaan yang biasa di bawa ke UVH ialah kucing, anjing, arnab, burung, reptilia dan haiwan eksotik.


Artikel dipetik dari Harian Metro 28/3/2014
Link sebenar:
http://www.hmetro.com.my/articles/UnitICUhaiwan/Article
Friday 16 May 2014

POTLUCK @ TG. BALAU 13 MAY 2014 YANG HAPPENING



Segala pujian bagiNya,
Nampaknya mini gathering berkonsepkan POTLUCK yang telah diadakan pada 13 Mei 2014-Selasa, bersamaan Hari Wesak, telah berlangsung dengan jayanya.

Walaupun acara mini berbentuk riadah di tepi pantai Tg. Balau, Kota Tinggi, dengan deruan angin yang membahang, tetapi tidak mematahkan semangat hadirin yang datang untuk sama-sama memeriahkan program kali ini.

Berikut adalah sedikit cebisan catatan perjalanan program.















Team men-design play gym, bab ranting tu mmg terbaek la Abg. Wan!
















Nampaknya, peratus orang yang datang lagi ramai dari yang nak mandi ni.. hm..
















2 orang adik kecik baju biru ni asik terjerit-jerit tgk ular. Tapi lama-lama makin dekat, lama-lama lagi nak main dgn ular tu.. Hahaha



















En. Aidhil sedang mempersiapkan diri untuk persembahan silat panggung.
























Posing Hafiz Hamz..peace..hehee

















Geng-geng Guinea Pig sempat untuk menyantap ayam yang di panggang oleh En. Hafizzuddin Naz



















Antara makanan yang dapat diselamatkan, yang lain dah selamat. Yang penting, air sarsi tu...fuh sedappp! Kena sekali, time tu terus demam.. Hehe






Kami ingin berterima kasih yang tak terhingga kepada yang sudi hadir memeriahkan program ini, segala kekurangan, kami harap dapat diatasi untuk program akan datang. Sokongan anda amatlah bermakna untuk komuniti.

Anda Semua Memang THOR-baek!!!!!

-Peace


Monday 12 May 2014

Orang Pontian Jumpa Ular Rehat Bawah Meja?



12 Mei 2014
PONTIAN - Seorang pengawal keselamatan Stesen Mardi Pontian, berhampiran Muzium Nenas di sini, terkejut apabila objek yang kelihatan seakan kayu di bawah meja rupanya seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Pontian, Mohd Hairol Ishak berkata, ular tedung seberat lapan kilogram itu dalam keadaan agresif ketika ditangkap kira-kira jam 5 petang, kelmarin.
Katanya, operasi menangkap ular tedung selar itu membabitkan empat anggota sebaik menerima panggilan pengadu.
“Kami mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengepung kawasan itu sebelum berjaya menangkap ular berkenaan. Operasi mengambil tempoh agak lama memandangkan ular itu masih agresif.
“Syukur operasi lancar tanpa kejadian tidak diingini, ular itu telah dilepaskan ke kawasan hutan lipur Gunung Pulai,” katanya.



http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/ular-tedung-selar-rehat-bawah-meja-1.279178


Saturday 10 May 2014

Suwweet nye Puan Miyaw Ni



Suwet kan kucing ni..Dengar cerita kucing kat Malaysia ni..Hehe

Tapi sedihnya...
YaAllah, kadang tak dapat bayang macam mana kucing-kucing kat kedai tu nak bagi tahu yang dia lapar...nak makan sikit..sikit je pun tak pa lah...
Meaw meaw....lapar...tapi..... yang dia dapat "HOI! Shuhh shuhhhhhhhhhhhh....
.........kat mana lagi dia nak minta makan? Tak kan mereka nak g mintak kerja kat kilang utk beli makanan?
Hehe..

Apa salahnya beri sikit, sikit pun tak apa lah..kalau tak mahu bagi pun.. jangan la di herdik, dipukul, memang betul mereka bukan lah kucing yang comel dan cantik, bulu gebu macam yang orang bela tu. Berilah sedikit bahagian mereka dari rezeki yang anda terima tu. Sikit je pun tak pa, asalkan jangan marah, jangan pukul pun sudah cukup. Kadang-kadang ada parent yang biar je anak mereka pukul kucing... Tolong la ajar mereka untuk menghargai makhluk lain.

-Peace

Kemusnahan oleh Manusia Sedikit Demi Sedikit



Masih ada manusia yang kurang sifat kemanusiaannya, tidak memikirkan kesan sesuatu perbuatan pada orang lain ataupun makhluk lain. Belum cukup kemusnahan yang telah dilakukan. Tanggungjawab sebagai manusia masih ramai yang belum mampu jalankan.

Semoga masih ada golongan yang mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi. Kita semua dapat mengubahnya. Mari kita sama-sama memelihara dan memulihara khazanah yang kita ada. Memelihara dan memulihara bukanlah hanya sekadar perkataan .



Paparan video yang masih menggamit hati setiap kali menontonnya.

Friday 9 May 2014

The Real ZOMBIE Found!












For illustration only.







Osedax


If you need even more proof of the horrors of the deep, consider the zombie worm, which feeds off the bones of whales and other scavenged sea creatures … despite not having a mouth. In July 2012, researchers at the Society for Experimental Biology's annual meeting announced that they'd figured out how this mouthless creature eats bone. It excretes acid.


The acids allow the worms to break down and absorb the bone, the researchers explained. But that's just the tip of the weirdness iceberg for these amazingly adapted worms. The females grow about an inch (3 cm) long, but males never grow larger than 1/20th of an inch (1 millimeter). They seem to live in the gelatinous tubes covering the females, serving no purpose but to fertilize her eggs.






Thursday 8 May 2014

Orang Terengganu Jumpa Haiwan Pelik?






MARANG - Rupanya seperti seekor udang galah, namun ia juga kelihatan seperti seekor ketam kerana mempunyai sepit dan apabila diperhatikan dengan lebih terperinci, ekornya pula kelihatan seperti kala jengking.

Haiwan pelik berwarna jingga itu ditemui seorang pengusaha nira nipah liar, Ismail Jusoh, 49, dari Kampung Alor Tuman di sini, di kawasan hutan ketika mencari pokok nipah berdekatan kampung berkenaan, kelmarin.

Menurut Ismail, dia menemui haiwan itu di atas daun pokok nipah lalu memberanikan diri memegangnya, namun terkejut apabila melihat rupa bentuknya yang unik.

“Saya terkejut melihat haiwan itu berkaki lapan. Bahagian hadapan bentuknya seperti ketam manakala bahagian belakang seperti udang dan seakan-akan ekor kala jengking,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, dia akhirnya mengambil keputusan untuk membawa pulang haiwan itu ke rumahnya dan berhasrat memelihara haiwan tersebut.

Kini, ia disimpan dalam sebuah takungan berisi air.

“Saya belum lagi menghubungi mana-mana pihak berkaitan bagi memaklumkan mengenai penemuan spesies pelik itu termasuk pihak Jabatan Perikanan bagi mengenal pasti spesies sebenar haiwan tersebut. Tapi saya akan menyimpannya terlebih dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut maklumat yang diperoleh dari sebuah laman web, haiwan itu dinamakan sebagai ‘ngoang’ di Sarawak manakala dipanggil ‘jabot’ di Johor, namun ia amat jarang ditemui kerana berkemungkinan semakin pupus.










Ada sesiapa kenal atau pernah jumpa 'JABOT'?

Share la maklumat disini.

Perhatian

Kelab Pemilik Haiwan Johor (KPHJ)-#kphj tidak bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat di atas kapasiti sendiri. Individu tersebut hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen yang telah dikeluarkannya. Terima kasih.