Fu Wa (Kiri) & Feng Yi (Kanan)
Dua ekor Panda dari Chengdu, China iaitu seekor jantan (Fu Wa) dan seekor lagi betina (Feng Yi) telah selamat tiba di Malaysia pada jam 7.50pagi, Rabu-21 Mei 2014, menggunakan penerbangan kelas pertama MAS Kargo dan telah sampai ke tempat khas di Zoo Negara kira-kira jam 10.oo pagi. Mereka ditempatkan di kawasan khas di Zoo Negara untuk dikuarantin selama satu bulan.
Panda ini adalah simbolik perjanjian diplomatik 40 tahun diantara Malaysia dan China. Pihak Malaysia akan menjaga pasangan panda ini selama 10 tahun. Kedua ekor panda ini akan tinggal di kawasan yang dibina khas di Zoo Negara yang melibatkan kawasan seluas 1.6 hektar dan menelan belanja penyediaan sebanyak RM 25 Juta.
Kos penjagaan pasangan panda ini dijangka akan menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta setahun, dan setiap anak yang berjaya dibiakkan, pihak Malaysia perlu membayar royalti tambahan RM 2 Juta kepada pihak China dan akan dibenarkan menyimpan anak tersebut hanya selama 2 tahun sebelum dipulangkan kepada pihak China.
Pasangan Panda ini akan di monitor 24 jam sehari bagi mengkaji perubahan serta tingkah laku mereka selama proses penjagaan berlangsung.
Kawasan khas yang menempatkan mereka dibina dengan habitat berupa cerun yang curam, alatan permainan kayu, dan bongkah ais bagi menyamai habitat semulajadi mereka.
Buluh telah ditanam di kawasan Paya Indah Wetland Part seluas 10 hektar, dan satu lagi rancangan penanaman dikenalpasti akan dibangunkan di Putrajaya Wetland Park seluas 6 hektar.
Sedikit sumber maklumat dari World Wildlife Fund (WWF)
Menu harian bagi seekor panda terdiri hampir sepenuhnya daripada jenis daun, batang, dan pucuk pelbagai spesis buluh.
Buluh mempunyai khasiat yang sangat sedikit, maka seekor panda memerlukan diantara 12 hingga 38kg makanan setiap hari.
Mereka juga memburu haiwan seperti sejenis mamalia iaitu 'pika', dan juga tikus kecil yang lain. Makanan selain buluh seperti tumbuh-tumbuhan lain serta daging hanya terdiri dari 1% dari keseluruhan diet panda.
Panda mencapai tahap matang seksual ketika berusia 5.5 hingga 6.5 tahun.
Waktu mengawan adalah pada musim bunga iaitu di antara bulan Mac hingga Mei.
Pemerhatian menunjukkan panda biasanya melahirkan seekor anak untuk tempoh 2 tahun (tetapi kerap melahirkan 2 ekor kembar jika di dalam jagaan-kurungan manusia menggunakan kaedah pemanian berhadas)
Mereka boleh membesar sehingga 1.5 meter dari hidung ke bahagian punggung, dan beratnya boleh mencapai sehingga 150kg.
Anak panda mula belajar memanjat pokok seawal umur 6 bulan, dan menjadi pakar memanjat ketika dewasa.
Panda juga boleh berenang.
Panda mempunyai jumlah pemangsa yang sedikit seperti anjing hutan (Jackal), harimau bintang, dan marten (pemakan anak panda), tetapi, musuh utama panda adalah manusia yang rakus yang menyebabkan kemusnahan dan pecahan habitat, pemburuan dan perdagangan haram serta pelbagai lagi tindakan yang menyebabkan kepupusan pelbagai lagi haiwan di dunia.
Anak panda yang baru lahir hanyalah seberat 90-130gr, dimana nisbah berat dan saiz anak kepada ibu adalah 1:900. Panda adalah diantara mamalia yang nisbah saiz anak dan ibu sangat besar jurangnya.
Kitaran hidup seekor panda liar adalah sekitar 14 ke 20 tahun dan mereka boleh hidup sehingga 30 tahun dibawah jagaan-kurungan manusia.
0 comments:
Post a Comment