Tuesday, 6 May 2014

Mutasi (Mutation) RARE Cockatiel



1)         FALLOW hampir sama dengan CINNAMON, dan mereka sukar untuk dibezakan melainkan anda letakkan mereka sebelah-menyebelah. FALLOW juga berwarna coklat berdebu yang sama, walaupun cenderung lebih kekuningan daripada warna keperangan seperti CINNAMON. Perbezaan utama di antara mereka adalah bahawa burung yang berwarna kuning kemerah-merahan ini mempunyai mata berwarna merah. Sekali imbas, ia sering kelihatan seperti mata hitam biasa. Tetapi jika kita perhati dengan pencahayaan yang betul. Selalunya flash dari kamera akan menampakkan warna merah tersebut, tetapi perhatikan bahagian IRIS dan bukannya PUPIL kerana PUPIL kebiasaannya memang akan memantulkan cahaya merah jika terdapat flash, manakala IRIS tidak memantulkan cahaya merah, tetapi warna asal akan menjadi lebih terang dengan cahaya flash. Anda akan mendapati ianya berwarna merah gelap. FALLOW mempunyai paruh serta kaki berwarna merah jambu. FALLOW mungkin kebiasaannya dikenalpasti sebagai mutasi biasa sahaja kerana kebanyakan cockatiel FALLOW disalah anggap sebagai CINNAMON, sehingga seseorang mengetahui warna mata mereka (yang sangat susah dilihat dari mata kasar). Warna dan tanda adalah sama seperti untuk CINNAMON.


2)         SILVER juga adalah agak rumit untuk dikenalpasti. Sebenarnya ada dua versi SILVER di cockatiel (Dominan & Resesif), dan kemudian anda boleh dapati kedua-dua faktor single dan double pada Dominant! Mutasi resesif SILVER adalah versi kelabu cair atau SILVER kelabu biasa. SILVER mempunyai mata merah, paruh dan kaki merah jambu. Cockatiel SILVER jantan sering mempunyai muka kuning gelap dan pipi oren terang pada tempoh matang. Cockatiel SILVER betina akan mengekalkan warna seperti warna tidak matang mereka dan garisan belang-belang daripada bahagian bawah ekor.
Mutasi dominan SILVER ialah mutasi yang dominan untuk mutasi lain untuk menghasilkan perak atau kelabu terang. Perbezaan paling ketara antara dominan dan resesif adalah dominan mempunyai mata merah gelap  resesif. Burung boleh membawa gen dominan pada satu atau kedua-dua kromosom, dengan kesan warna itu lebih ketara dalam burung yang mempunyai dua faktor tersebut. Apabila gen perak dominan dibawa dalam satu kromosom , ia adalah faktor tunggal dan faktor tunggal adalah lebih gelap. Apabila gen Perak Dominan dibawa di kedua-dua kromosom, ia adalah dwi faktor dan mempunyai kelabu yang lebih cerah. Kedua-dua perak dominan dan resesif mempunyai warna muka / jalinan seks (sex-linked) yang sama seperti kelabu biasa. Jantan matang akan mempunyai wajah yang cerah dan ekor yang biasa, manakala yang tidak matang dan betina yang matang akan mempunyai wajah berwarna kusam dan ekor jalur berbelang.  Mereka semua mempunyai jalur sayap putih dan bintik pada bulu.

3)         OLIVE juga dikenali sebagai EMERALD. Mutasi ini adalah sukar untuk dikenalpasti dan perlu diperhatikan dengan teliti. Penggunaan perkataan EMERALD atau OLIVE agak mengelirukan. Cockatiel ini tidak membawa apa-apa pigmentasi hijau, sehingga mereka susah untuk dikenalpasti berwarna hijau. Gabungan kuning dan kelabu dengan pancaran lampu yang betul membuat burung ini kadang-kadang tampak hijau. Ia boleh digambarkan sebagai gabungan sebahagian kecil carik bulu atau kawasan kecil dengan warna yang berbeza dengan variasi warna daripada kuning kepada kelabu. Mutasi ini agak jarang dijumpai. Terdapat variasi yang luas dalam warna mutasi OLIVE, ada yang berwarna pucat dan ada berwarna zaitun gelap. Burung ini mempunyai corak bergigi di bulu mereka , dengan tepi bahagian luar setiap bulu lebih gelap daripada bahagian tengahnya, menjadikan setiap bulu kelihatan digariskan dalam reka bentuk bergigi.

4)         PASTEL adalah mutasi jarang dijumpai. Pigmentasi kuning dan oren cair di muka, menampakkan muka kuning pucat dan pipi tompok oren pucat.  Ketahuilah bahawa ia adalah jelas berbeza jika dibandingkan dengan muka NORMAL DULL muda atau cockatiel betina, dimana PASTEL FACE , dengan warna kuning dan oren.

5)         YELLOW FACE / YELLOW CHEEK adalah salah satu daripada mutasi baru dan unik kerana terdapat versi sex-linked dan Dominan untuk mutasi ini . Jika suatu Grey Normal mempunyai tompok pipi Oren, pipi mutasi YELLOW CHEEK adalah kuning. Pipi YELLOW CHEEK yang dominan seolah-olah berwarna oren terang daripada versi sex-linked, tetapi perkara ini sama ada lebih atau lebih gelap bergantung pada gen bawakkan burung tersebut. YELLOW CHEEK tidak boleh dibiakkan antara Dominan dengan sex-linked. Ia akan mengambil masa bertahun untuk menentukan apa keturunan anaknya. Juga, tidak digalakkan untuk membiak YELLOW CHEEK dengan WHITEFACE . YELLOW CHEEK Dominan adalah hampir sama dengan sex-linked yang YELLOW CHEEK. YELLOW CHEEK Dominan mempunyai warna oren lebih terang, mungkin disebabkan oleh faktor berganda, kepadanya tetapi seterang warna kuning oren PASTEL . Pipi bagi burung dengan faktor tunggal adalah kuning.

0 comments:

Post a Comment

Perhatian

Kelab Pemilik Haiwan Johor (KPHJ)-#kphj tidak bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat di atas kapasiti sendiri. Individu tersebut hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen yang telah dikeluarkannya. Terima kasih.