Kenali Logo Kelab Pemilik Haiwan Johor - #kphj


PPM-010-01-06022014

Perkataan Kelab Pemilik Haiwan Johor merupakan nama bagi persatuan
ini. 

- Berdasarkan kapada kamus Dewan Bahasa edisi keempat Kelab
membawa maksud persatuan; perkumpulan: ~ belia perkumpulan
pemuda dan pemudi. Manakala perkataan Pemilik pula melambangkan
mereka yang mempunyai, memiliki, memelihara dan mencintai haiwan
kesayangan. Haiwan pula membawa maksud kepelbagaian spesis dan
jenis haiwan kesayangan di dalam persatuan. Bagi perkataan Burung,
Ikan, Reptilia, Amfibia, Serangga dan Mamalia pula membawa maksud
spesis-spesis haiwan yang berada di dalam dunia.  

- Burung, Kucing, Iguana dan Arnab melambangkan kepelbagaian jenis 
haiwan yang dijadikan sebagai haiwan kesayangan dan ia juga
melambangkan ahli yang mempunyai citarasa yang berbeza tetapi minat
yang sama iaitu cinta terhadap haiwan kesayangan.

-Bentuk Peta Negeri Johor pula bermaksud kelab ini tertubuh daripada
wakil dariapada setiap daerah di negeri Johor. Warna Biru Dan Merah pula
melambangkan warna bendera rasmi negeri Johor. 

- Warna merah pada Burung melambangkan semangat yang ada di dalam 
diri setiap ahli dalam memperjuangkan hak dan kebajikan haiwan
kesayangan serta hak ahli persatuan. Warna hijau pada Iguana pula
melambangkan warna flora dan fauna yang menjadi tempat asal bagi
haiwan dan konsep ini juga yang ingin diterapakan kedalam pemikiran
setiap pencinta haiwan. Warna oren pada Kucing pula melambangkan
sifat komited yang ada pada ahli persatuan dan persatuan itu sendiri dan
warna coklat pada Arnab itu pula melambangkan sifat merendah diri dan
sentiasa menjaga maruah persatuan walau di mana pun ahli berada. 

0 comments:

Post a Comment

Perhatian

Kelab Pemilik Haiwan Johor (KPHJ)-#kphj tidak bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat di atas kapasiti sendiri. Individu tersebut hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen yang telah dikeluarkannya. Terima kasih.