Friday 13 June 2014

GEMPAR - Haiwan Jadian Ditemui Di Jawa Timur


SITUBONO - Penduduk kampung Sletreng di daerah Kapongan gempar dengan penemuan seekor kelawar yang disyaki seekor haiwan jadian.

Haiwan itu yang kebiasaannya ditemui berkeliaran pada waktu malam ditangkap ketika memasuki rumah seorang penduduk tempatan bernama Muhlis.

Selepas haiwan misteri itu berjaya ditangkap, berita mengenainya mula tersebar luas di kampung-kampung lain.

Ekoran itu, dalam masa yang singkat, rumah Muhlis mula dibanjiri orang ramai yang mahu melihat sendiri haiwan berwarna jingga itu yang disyaki jelmaan ilmu hitam.

"Sebaik sahaja mendengar cerita mengenai penemuan haiwan itu, saya terus teruja dan mahu melihat sendiri kelawar berwarna aneh itu," kata Syamsul, seorang penduduk di kampung tersebut.Muhlis mengakui sukar untuk menangkap haiwan pelik itu yang didapati masuk ke ruang tempat simpanan duit di rumahnya.

"Kelawar itu didapati tangkas dan susah untuk ditangkap.
"Haiwan itu hanya berjaya ditangkap setelah saya tidak memakai baju," kata Muhlis.
Bagi mengetahui sama ada kelawar itu haiwan jadian, ia perlu dimasukkan ke dalam sebuah balang kaca. Jika ia merupakan haiwan jadian, maka pemiliknya akan mengambilnya kembali kerana ia sukar bernafas. - Utusan

Perhatian

Kelab Pemilik Haiwan Johor (KPHJ)-#kphj tidak bertanggungjawab keatas sebarang komen yang dibuat di atas kapasiti sendiri. Individu tersebut hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya keatas komen yang telah dikeluarkannya. Terima kasih.